Ahad, 7 April 2013

AGAMA BUKAN POLITIK,WALAU DARI MANA MANA PIHAK YANG MENYERTAINYA.

     Politik..apa yang boleh kita nyatakan tentang politik.apakah politik haram?halal?wajib?sunat?Di dalam politik ada sesetengah pihak takut andai rakyat juga terpengaruh dengan permainannya.Disini sebuah penulisan di mana serba sedikit menekan pemikiran rakyat serta aktiviti dan perlakuan parti PAS.Disini kami berasa terlalu tidak setuju dengan perlakuan parti PAS apabila mereka menimbulkan hukum hakam agama dalam permainan politik.Nama pun sudah ada bukan."Permainan" Politik.Apabila difikir sejenak,bila agama dimasukan kedalam "permainan",ianya sudah cukup melambangkan maruah.haha!bukan maruah Nik Abdul Aziz.Kami tak pentingkan maruah dia.Kami pentingkan maruah Agama Islam kami.
     Politik secara logik akal bukan tentang keimanan dalam beragama.Politik adalah menunjukan cara pentakbiran profesional dalam negara.Agama Islam adalah agama yang suci dan dalam mana-mana hadis pun tiada Allah S.W.T menyebut tentang "kita mesti sertai agama dalam politik".Andai sesiapa mengatakan "ada".Maka berdosalah jawabnya.PAS kena beringat,mereka tiada kuasa apa-apa skali pun.Jangan kerana Politik kita nanti dilaknat oleh Allah Taala.Melontarkan kata kepada jiran sebelah.."yuuhuuu..nape bogel u?"..sedang sendiri bogel tidak terperasan sekali pandang pun.
     Kemudian kita bercerita tentang "hak".Selirik soalan kami yang membuat kami rasa tertanya.Apa kuasa parti PAS mengata orang sana sini?Misalan untuk PRU13 inilah kan...
1.Orang UMNO tolak Islam.
2.Orang UMNO sembahyang mereka tidak diterima.
      Apa hak PAS menetapkan perlakuan manusia?Adakah PAS sudah menganggap diri TUHAN YANG MAHA ESA PENCIPTA SEGALA ALAM?Apakah Nik Abdul Aziz sudah bermimpi pada waktu malam turun wahyu dari malaikat Jibril kepadanya mengatakan solat UMNO tidak diterima?Mana hilangnya keprofesionalan an an an...seorang pemimpin?Dimana hilangnya gelaran TOK GURU?kalau saya masuk PAS.saya akan kata Nik Abdul Aziz dgn gelaran Tuhan lah...Tuhan Nik Abdul Aziz bin Tuhan Nik Mat.bukan TOK GURU..haaa...sesuai sangat.tuhan PAS ada keturunan.kami ingin senaraikan dosa PAS disini.
1.Mendahului Allah Taala.
2.Melibatkan Agama Islam dalam Politik.
3.Memecah belahkan kesatuan kaum dan seagama dengan tindakan memfitnah.
4.Makan duit Rakyat yang diperintah(sama dengan makan hak anak yatim)
5.tidak menepati janji atau digelar munafik
6.Mempengaruhi rakyat dengan fakta keagamaan yang salah
7.Berpura-pura dihadapan rakyat
8.Mejalani pemerintahan seolah olah menetap idola adalah orang yahudi.
9.Mencetekan pemikiran rakyat.
10.Tiada Budi bahasa di depan orang awam
11.tidak menjaga tutur kata sehingga menyakitkan hati orang lain.
       Sebenarnya banyak lagi yang kami ingin senaraikan,tapi cukuplah setakat itu.Kesebelas dosa itu sudah cukup menghumban pendosa sendiri kedalam api neraka.Kita fikir,sedangkan Nabi Muhammad,masuk ke kampung orang yahudi,mengambil wudhuk dengan air perigi orang yahudi.sembahyang di dalam rumah org yahudi.Mengapa pada zaman itu Allah Taala mewujudkan takdir seperti itu?untuk tujuan panduan kita pada masa kini.PAS berkata UMNO menolak Islam.bagaimana pula pihak yang berkata itu?Buta mata rakyat silap-silap hari bulan,pakaian serba putih..kekemasan tinggi..sembahyang 5 waktu tidak putus.mengamal cara kehidupan Islam,keagamaan tinggi,serba sederhana...tetapi hati ya muslimin ya muslimat,bak arang,mungkin hitam dari arang,bak busuk bangkai babi,busuk lagi hati hati mereka...Allah maha mengetahui..luaran orang nampak,dalaman siapa tahu..kan...
     sebagai penulisan,kita tumpu sahaja pada projek pembinaan; A,B,C....A orang bukan Islam,B pun sama,C orang Islam..C pemimpin rakyat..A bagi projek pada B..B bagi projek pada C...haiiiii....si C ni dah dapat projek,"wahai rakyat jelataku,amatlah haram bagi kita menerima harta benda dari orang kafir,kerana mereka itu laknatullah...!!!"..huaaaa....rakyat fikir..ni betul ni..betul...kalau iman kita kuat macam pemimpin kita maka kita tidak menerima seperti beliau..Tapi adik2,abg2,pakcik2,makcik2,nenek2,datuk2...pemimpin tu balik sambil berkata.."huaaa..untung beso la kwe ni..esok nak tamboh dapo,ruang tamu tamboh sque,bilik tido pun tamboh gitu...dapat projek lagi sekali,dok sah cakap naa,rakyat sekali cakap,udah tepengaroh sumo"...haaa...lebeh kurang begitulah.apa kata rakyat pengikut?"ehh!tak ada pun dengar,tak mungkin"...betullah tak dengar.kerana apa?kerana orang nak kelentong dia tak kan tunjuk punca atau motif dia nak kelentong.sama seperti kalau kita merompak bank,mana mungkin kita pergi balai polis atau pergi bank tersebut dulu bagi tahu nak merompak lepas tu baru merompak...ini fitnah?tidak sama sekali...mana kemajuan Kelantan?subhanallah..minta keampunan dari rakyat Kelantan kerana memasukan Kelantan dalam penulisan ini.
     Mungkin Nik Aziz pernah berkata "kita tak perlukan harta benda berjuta didunia,kerana kita cuma sementara sahaja..tempat kita di akhirat"..mungkin sebab tu lah Kelantan dari dulu sampai sekarang tak berubah.sebab mereka tidak mementingkan duniawi..tetapi wahai semua,apalah guna Allah Taala berfirman "Sembahyanglah kamu seolah olah kamu mati keesokan harinya,berusahalah kamu seolah olah kamu hidup seribu tahun lagi"...Apakah maksud "berusahalah" didalam firman tersebut?....apa yang nak diusahakan?dimana tempat kita berusaha?didunia bukan?Maka timbul pula Firman.."amatlah rugi wahai mahkluk-Ku andai kamu tidak berdoa kepada-Ku dalam sehari,dan amatlah rugi wahai mahkluk-Ku andai kamu tidak berfikir dalam sehari"...rakyat yang disanjungi,yang dirahmati,kita sebagai manusia,adalah perlu berfikir jangan sampai kena kelentong dan ditegaskan jangan membangkitkan isu agama dalam politik.Kalau benar ingin jadi Politik,sebaiknya bangkitkan isu tidak membabitkan agama.Malu kita sebagai Islam membuat Islam sebagai agama permainan yang tahap kesuciannya jadi amat rendah.Maruah tiada lansung.kami tidak kisah kalau nanti Nik Abdul Aziz tercalar maruah diliwat oleh Anwar Ibrahim.tetapi kami tidak mahu nanti Agama islam tercalar maruah dikotorkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.
    kami tidak menyebelahi mana-mana pihak.Kami adalah diri kami sendiri sebagai mahkluk Allah Taala yang Maha Agung.dan kami menyertakan doa tulus ikhlas kami semoga didengar,diketahui oleh Allah Taala.
                 "Ya Allah,Kau ampunilah dosa kami,keluarga kami,saudara2 kami,saudara se-Islam kami,Kau cucurilah rahmat keatas kami sesungguhnya kami kerdil disisi-Mu.Kau Ampunilah dosa mereka saudara kami yang membuatkan-Mu murka.dengan jatuhnya air mata suci ciptaan-Mu kepada kami,kami meminta keampunan darimu,jauhilah kami dari api Neraka-Mu,Kau jauhkanlah kami dari mala petaka dan kau jauhkan kami dari laknat-Mu.Ya Allah Maha Pengampun,kau bukakanlah hati nik aziz bin nik mat agar bertaubat kejalan-Mu.Kau cucuri rahmat yang baik keatas dia.dan jauhkan dia dari azab api neraka-Mu,panjangkanlah umur agar dia boleh bertaubat dengan betul kejalan-Mu sesungguhnya dia saudara sesama Islam kami.Ya Allah ya tuhan kami,rahmatilah kerajaan kami,pihak keselamatan negara kami yang menjaga keamanan.berikanlah kesempurnaan keatas mereka yang mentakbir negara kami.Kau berikanlah kesihatan yang baik keatas mereka dan kau majukanlah dengan lebih baik pemikiran kami rakyat negara Malaysia.Dengan doa serta tawakal kami,sesungguhnya tiada tuhan yang ku sembah selain Allah dan kami yang lemah"...
      Dengan ini,kami tegaskan agar rakyat jangan terlampau terpengaruh dengan politik sehingga berlaku perang siber,perang mulut,perang tangan,perang senjata,dan macam2 lagi benda karut yang di buat.Tak tahulah berjuang untuk apa sebenarnya.tiada memberi faedah.baik kita berjuang memajukan minda kita sendiri,masyarakat sekeliling,rakyat.Jadi,penulisan ini tamat setakat ini.dari segi penulisan ternyata kemarahan,tetapi bukan marahkan politik,kami marahkan Islam dipermainkan dengan cara memasukan Islam kedalam permainan politik..subhanallah...segala yang baik kita contohi,segala yang buruk kita jauhi,tiada yang baik dari minda,dan disitu kita tahu ada yang lebih besar kuasa dari kuasa kita..

    Sempena PRU13:Kami juga ingin berterima kasih keatas tindakan PDRM dalam membanteras gejala perang siber sempena PRU13 ini.sebenarnya dari apa yang kita ketahui.masih banyak yang terlampau buruk di dalam siber ini dalam membangkitkan tindakan yang lebih kepada hasutan dalam memihak kepada sebelah pihak.semoga operasi yang dilaksana berjalan dengan lancar...insyallah..sama2 kita doakan..assalamualaikum..

Rabu, 27 Mac 2013

ANTARA KAKI DAN BOLA,APAKAH MAKSUDNYA?

          Bola sepak padang adalah sebuah permainan 11 individu berpasukan yang menguji di mana tahap fizikal dan pemikiran seseorang.Dalam pada itu,permainan ini telah pun menjadi popular di kalangan lelaki mahupun wanita.

          Dengan berasa bangganya juga,negara kita mempunyai pasukan bola sepak kebangsaan sendiri.saya sebagai penulis juga berasa bangga akan pencapaian pasukan kebangsaan ini di mana mereka sinonim dengan gelaran "Harimau Malaya".Saya juga merasakan bahawa mereka sudah boleh ditandingkan dengan pasukan-pasukan luar negara.
          Walaupun begitu,saya berasa amat kecewa apabila mereka sering kalah dalam perlawanan-perlawanan yang mereka sertai.Peminat laa katakan....sepanjang perlawanan mereka,saya sentiasa menyokong.walau hanya duduk di sofa rumah sendiri.Melalui pemerhatian saya bersama rakan-rakan serta ahli keluarga,terdapat banyak kelemahan mereka yang sentiasa dinafikan oleh pelbagai pihak terutamanya Jurulatih.pelbagai alasan yang di kemukakan apabila kesalahan di jumpai peminat.Secara khususnya,memang benar setiap manusia sentiasa sering melakukan kesalahan dan ada kelemahan mereka sendiri termasuk saya.Apa salah apabila kita berusaha mengubah ke arah pembetulan.Pasti anda terfikir apa kelemahan yang membuatkan "Harimau Melaya" masih di tampuk lama?....saya pun tertanya juga,dengan perasaan itu,saya membuat pemerhatian sendiri.
             Pertamanya,yang paling penting bak kata ayahanda saya,"Team Work" or "semangat berpasukan".Permain Harimau Melaya masih lemah secara realitinya dalam semangat berpasukan.Dimana nampaknya kelemahan itu?....semasa di depan pintu gawang gol...masing-masing ingin meraih nama sendiri untuk menjaring gol.wing kiri kerrr,kanan kerr...nuuuu...depan nuuu...nak jaring gol..sampai bawak bola,"tak tertoleh penyerang yang menanti"...penyerang pula biasanya dalam 3orang.yang sorang dapat bola terus nak score.kenapa saya berkata begitu.kerana dah nak hampir garisan tepi pintu gol or "angle" dah tutup.masih nak score.apa salah shoot blakang balik kan.bagi geng-geng menunggu dibalakang.kerana sikap yang negatif ini,akhirnya membuat diri berasa letih.bila masa kedua,semua dah jadi sotong.nanti jurulatih cakap,"Ooooo...pemain tak cukup tido daa.."..saya tak nak dengar alasan tak logik tu.bukan maksud saya mencaci.tetapi inilah hakikatnya wahai semua.think positive.
           kedua,pemain penyerang tiada "follower" atau org kedua di mana yang depan bawa bola,dia ada "bodyguard" sebelah-sebelah.sedikit dibelakang.
tapi kalau dah yang depan tu nak ambik nama untuk score,terbalik pulak daaa....siapa nak follow...kalau dah pentingkan diri....kan...baru jeee dua ni.banyak lagi kelemahan yang nyata.bangun laaa..kita bukan di tahun 60an lagi daa nie..nie dah zaman moden.main pun guna la cara moden.ni bila "kalah mental".start main kasar,tarik-tarik baju,pendek kata tindakan yang agresif lah.

          Nanti bila rakyat komen cam ni.ada daa kena spam kat blog.kerana orang kita masih kuno.nothing is positive katanya,all of it negative.Apa salah idea rakyat di dengar.yang buruk jadi sempadan,yang baik jadi tauladan laa...guna k..Dalam team tu.Saya paling minat Mahali(baju no.2).teruskan.!!...u do the best.!!!!....Saya respect dia lebih daripada Safi Sali.Safi Sali masih bermain cara tampuk lama.pentingkan diri.
         Jadi,nak dijadikan cerita,dulu saya pernah minum di warung melayu,biasanya saya memang minum kat kedai kopi cina,cina tu saudara baru sesama Islam.Hari tu,malaikat gerakan hati saya untuk minum di kedai dia.so,kita sama melayu kan.kesian pulak tengok kedai dia sorang pun tak bertandang.kedai cina Islam tadi memang dari 6pagi sampai 10mlm.memang full dengan costumer.jadi,saya duduk dan mintak sedia kopi campur susu suam kat kedai melayu ni tadi.
        Dalam dia tengah buat air kopi,cakap dengan saya "nak pulak kau minum sini yerrr.biasa kat kedai cina nuuu..tu la kita org melayu memang tak nak menolong sesama melayu..!!"..saya pun jawab laa.."Ehh..knapa cakap mcm tu pakcik?kalau pakcik nak dengar nasihat saya laa,saya cakap.."...pakcik tu pun jawab sambil letak cawan berisi kopi susu kat atas meja saya.."kalau elok aku dengar.!!..kalau tak elok tak payah..!!"..saya pun dengan niat ikhlas cakap.."sebenarnya kopi pakcik ni kalau biasa kopi susu,memang rasa susu jeee.rasa kopi tak ada,kalau orang sebelah tu.kopi dan susu rasa dia seimbang"..belum habis nasihat saya wahai semua,dia pun jawab.."kalau nak ikut kata kau.!!!.."bankkrap" la kedai aku..!!!..baik aku tutup jeee kedai ni.!!!!!....." ...saya terus berlalu.haha..saya tak nak duduk situ lagi sampai sekarang.nak kata taubat nasuha saya tak kesitu,tak juga,buat masa sekarang belum lagi.kerana saya tahu,dia akan berfikir akhir-akhir nanti kerana setiap manusia boleh berubah pada suatu hari.pengajarannya,jangan melatah bila menerima teguran;yang ikhlas.wassalamualaikum...semoga skuad Harimau kita maju jaya selalu..amin...    

Selasa, 5 Mac 2013

Ops Daulat bukan politik!!nyawa bukan politik!!

Ops Daulat bukan politik!!nyawa bukan politik!!

         Semenjak kebelakangan ini,Malaysia telah menghadapi sebuah pencerobohan berkumpulan di Lahat Datu.Pihak Malaysia telah menghantar pasukan keselamatan negara ke kawasan tersebut di mana di sertai oleh pelbagai unit di dalam PDRM.Dalam usaha membantaras masalah tersebut,dinyatakan 8 orang pasukan yang bertugas telah terbunuh di samping beberapa orang lagi menghadapi kecederaan.
         Bersama dengan taraf keprofessionalan pihak PDRM,mereka di hantar ke kawasan-kawasan strategik untuk membantutkan kemaraan para penceroboh.walaupun begitu,rakyat-rakyat di Sabah masih berasa bimbang dan merasakan keamanan mereka tergugat.Apa yang membimbangkan,rakyat mula menerima propaganda yang berunsur psikologi melalui laman-laman blog,web dan tidak kurang melalui SMS yang menyatakan pelbagai unsur-unsur negatif tentang peristiwa pencerobohan atau lebih dikenali Ops Daulat di kawasan Lahat Datu,sabah.
         Apakah harus kita sebagai rakyat membina suatu perkara yang berunsur negatif membabitkan kondisi kerajaan kita sendiri?Ini adalah sangat tidak wajar apabila sesetengah pihak menimbulkan kontroversi seperti Naib Pengerusi PKR,Tian Chua yang menyatakan "apa-apa yang berlaku di Lahat Datu adalah segala sandiwara oleh UMNO atau Kerajaan Malaysia".walau apapun yang di kemukakan oleh "pengkianat" itu.dia tetap.."wa pergi supermarket wa makan nasik kerajaan Malaysia punya subsidi.bukan nasik PKR punya.wa duduk rumah wa punya,tapi wa pergi jalan tanah kerajaan malaysia punya,wa isi minyak kreta wa,minyak petrol kerajaan malaysia bagi subsidi"...cukuplah setakat ini yang dikatakan oleh pengkhianat ini menandakan dia masih lemah dan tidak perlu mengiktiraf diri sendiri seorang yang berpelajaran tinggi.lantang mulut berbicara,harap leher boleh toleh ke belakang.
         Ini barulah boleh di gelar "Anjing".Di sini apabila kita menghayati,ungkapan itu bukan sahaja boleh mengkucar-kacirkan rakyat,bahkan boleh menghidupkan isu perkauman di seluruh negara.Pada tempoh hari,sebuah gambar pertemuan Anwar Ibrahim(PKR) bertemu dengan pihak luar pada beberapa bulan yang lepas ditunjukan di laman media.Apabila berlansungnya peristiwa ini timbul pula Tian Chua(PKR).Andailah rakyat masih buta,tidak tahu pula hendak berbicara bagaimana.Itu pendapat dari segi politik.Pada peristiwa pencerobohan ini bukan dikatakan politik kerana ianya mengorbankan para wira negara ataupun kehilangan nyawa.Kerajaan Malaysia berkorban sehingga berharap tanpa pertumpahan darah manakala para PKR menganggap ianya sandiwara menakut-nakutkan rakyat.
        Pernyataan Tian Chua seolah-olah meludah kelangit,terkena muka sendiri kerana PKR sedang bersandiwara sebenarnya dan menganggap politik masih wujud pada waktu itu.Jangan silap,!!.."PKR adalah bukan bersandiwara menakutkan rakyat seperti apa yang dikatakan oleh naib presidennya,tetapi PKR sekarang sedang bersandiwara untuk menggulingkan Kerajaan yang sedang mentakbir.".Permainan yang hebat ini adalah permainan PKR.apakah pemimpin PKR sudah cetek pemikiran bagaimana hendak memperkotak-katekan keadaan menjadi huru-hara?.Secara tegasnya,KEHILANGAN NYAWA BUKAN POLITIK.Kita juga sebagai rakyat telah sedia maklum bahawa kematian beberapa anggota wira tersebut telah meninggalkan ahli keluarga mereka sendiri seperti isteri,anak-anak kecil dan tidak ketinggalan orang tua kesayangan di kampung halaman.Masih juga Tian Chua mengatakan mereka "Anjing".
        Penyataan yang tidak logik itu memang di ketahui oleh Tian Chua sendiri tetapi Tian Chua ini adalah "spesis manusia yang berada di habitat lain" kerana bagi dia,asalkan dia melakukan sandiwara bersama Anwar yang tersayang sudah mencukupi.Logik tak logik soal kedua,yang penting duit masuk poket.siapa anjing yang sebenarnya?kerana itu diperkatakan pepatah meludah kelangit,terkena muka sendiri.cakap jerr Tian Chua.."Anwar yang tersayang,di belakang Anwar,Tian Chua 'muntah angin'.hati dah berkobar-kobar,nak ganti tempat Anwar,boleh berganding dengan DAP.match dia sama.baru kaki tegap.where is PAS?.PAS tolak tepi lehh.apa mau kompromi sama itu PAS.we are not muslim can't inside there.kalau mau,kasi PAS jadi anjing kita ma.nanti dia depan kung-kung-kung!!!!,kita belakang tepuk tangan happy!happy!!".
         Namun apa-apa pun,lantaklah geng pembangkang tu..pada perkembangan terkini,PDRM dan ATM telah melancarkan serangan ofensif.Apa-apa pun,keadaan masih terkawal di mana kehidupan biasa boleh dijalankan seperti biasa di beberapa tempat-tempat seperti Semporna.Rakyat disarankan supaya jangan mempercayai apa-apa khabar yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di mana menabur fitnah serta khabar angin berkaitan dengan Ops yang sedang dijalankan.
         Di minta atas nama pencinta tanah air,rakyat jangan terlalu obses tentang politik,tetapi harus menumpukan perhatian pada pencerobohan di Lahat Datu dengan menganggap ianya bukan suatu politik.Kita sebagai rakyat bekalkan doa kesana dengan mengikut kepercayaan masing-masing.Mungkin kita tidak akan bertempur disana,tetapi kita bersama doa disini menghantar doa kesana.Tuhan itu sentiasa berada disisi mereka dan bagi pihak di Malaysia yang terlibat dalam Ops Daulat ini dan kerajaan Malaysia yang tercinta,semoga apa yang dilakukan mendapat kerestuan Ilahi.kepada anggota pasukan keselamatan yang terkorban,Al-Fatihah.
          Yang terakhir sekali,masalah yang timbul di hadapi dengan tenang,bersatu hati adalah penting.....Insyaallah.Ops Daulat bukan politik!!nyawa bukan politik!!
           Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,kami rakyat sedia menyokong dari belakang.segala apa tindakan yang dilakukan,kami sentiasa menyokong di iringi doa.Kami tidak akan berpaling muka melepas tangan selagi mereka itu tidak keluar dari negara kita yang berdaulat!!!Kami tidak gentar menghadap mereka dengan ilmu didada!!!kami tidak gentar walau cuma dengan sebilah keris kecil!!!walau dengan jari yang sekelumit!!!!kerana kami sudah bersumpah dengan 5 rukun negara!!!..Allah Hu-Akhbar...!!!!....